Salam semua…
hii..pada 16 hingga 20 disember yg lalu saya telah mengambil cuti rehat untuk membawa anak-anak buah berjalan-jalan di sekitar kuala lumpur sempena cuti sekolah…pada mulanya diaorang nak datang pada 14hb(isnin) lagi..tapi disebabkan saya tak ada kat rumah sebab ada mesyuarat SKT jadi diaorang pergi ke Melaka dahulu, rumah abg saya..kat sana diaorang sempat la pegi ke zoo melaka dan taman mini malaysia..
ok, sebelum tu, meh saya kenalkan anak-anak saudara saya…
anak-anak kakak yg paling sulong(nailah)
yang paling tua sekali namanyer afiq,tahun 2010 nie darjah 5 lah dier..
nombor 2 namanya afiqah..tahun 2010 darjah 4
dan yg last sekali namanya daniel..tahun 2010 darjah 2
anak-anak abg
yang sulong sebaya dgn daniel..nama aqilah..
nombor 2 pula bernama nurul nabila
nombor 3 ialah abdul rahman..kitaorang panggil aman jer..
dan paling kecik sekali ialah izzati..
anak-anak kakak nombor 2(amy)
sorang jer anak dia setakat ini, iaitu adam yg muda setahun dari aqilah dan daniel tapi sama-sama nak naik darjah2 tahun 2010 disebabkan dia lahir awal tahun 2003.
Perjalanan bermula
Ok 1st day bercuti diaorang pegi ke zoo melaka, disebabkan abg saya dan kakak ipar kerja pada hari itu, abg saya cuma tinggalkan diaorang kat sana semasa abg dlm perjalanan ke pejabat..
masa sampai kat zoo melaka..(muka masing-masing macam kena paksa ambil gambar jer..huhuhu..)
lagi muka kena paksa…
bersama kuda padi..
bergambar bersama orang hutan, tapi sebenarnya masa diaorang sampai, persembahan dah habis, tapi sempat la ambil gambar..
di kandang buaya sambil makan aiskrim..
bila dapat main kat playground, baru la nampak hepi sikit diaorang nie…
best ke naik kereta kuda?
eh! pandai pulak daniel nie bercakap dengan kuda yer..hehe..
ok..selepas seharian di Zoo Melaka, keesokanya abg saya drop pulak diaorang semua dekat Taman Mini Malaysia..
dekat Rumah Perlis
rumah Pahang
dekat rumah panjang…
chewah! nak menari ngajat tampi ke adam?
bersama nenek tersayang..
pada malamnya, abg saya bawak diaorang semua pergi naik river cruise..
mengantuk ke afiq?
enjoy the cruise..
ok hari ketiga pula abg saya dah dapat cuti..saya pun mula bercuti pada hari tersebut..jadi dapat la join diaorang jalan-jalan..
tempat lawatan pada hari ketiga masih sekitar bandaraya Malaka..tempat pertama ialah…
Apamacam? best bawak kapal angkasa?daniel besar nanti nak jadi angkasawan tak?
masa kat dalam planetarium tu jugak…kami semua dapat tengok tayangan yang bertajuk “The Secrets of The Sun” di dewan tayangan..satu perkara yg menarik di Planetarium Melaka ialah tayangan dia adalah dlm bentuk ‘Full Dome’ tetapi kali terakhir saya pergi ke Planetarium Negara di Kuala Lumpur hanyalah ‘Half Dome’. Jadi lagi lenguh la kepala saya nak tengok tayangan tu..hehehe…
pak su pun nak bergambar jugak..
sebenarnya planetarium melaka ni baru lagi buka, tak banyak sangat bahan pameran dalam tu, tak banyak mcm kat planetarium negara..
org kata, kalau datang melaka, tak sah kalau tak pergi ke kota melaka, betul tak? jadi destinasi seterusnya ialah kota Melaka..
wahh..posing sakan nampak..
eh..aman nak jadi burung hantu ke? hehehe..comel..
sappyy..go!! (ayat yg diaorang suka guna kalau bergambar..sappyy tu ialah lembu dalam cerita upin dan ipin)
destinasi seterusnya ialah Muzium Kesultanan Melayu Melaka yg berbentuk replika istana Sultan Melaka dulu-dulu…
dah habis tu, berehat dulu di Hang Tuah Mall..maklum lah..dahaga..
Kemudianya, kami bergerak ke Menara Taming Sari (menara yg berpusing-pusing, then boleh nampak seluruh bandar Melaka)
![]()
bergambar dulu kat beca berhias..
destinasi seterusnya ialah “Eye on Malaysia Malaka”
sebenarnya masing-masing dah letih dah..nak balik tidur jer..tapi mak saya berkeras nak ke river cruise jugak..lagipun malam sebelumnya mereka semua dah pergi..tapi mak saya nak pergi jugak..alasanya ialah saya dan isteri abg saya (kak siti) tak ikut serta semalam, jadi dia nak kitaorang pergi sama-sama..jadi untuk tidak menghampakan harapan ibu, kami pergi juga ke river cruise walaupun mata dah xlarat nak angkat dah..huhuhu..
ok tamat sudah hari ketiga..
hari keempat saya pun ‘menculik’ mereka ke Kuala Lumpur…sebenarnya, kalau ikut rancangan asal..cuma saya, mak, kak sulong (nailah),anak-anak dier dan adam sahaja yg akan ke Kuala Lumpur, Abg saya tak dapat bersama kerana ada mesyuarat di Port Dickson keesokanya..tapi Aqilah nak ikut sangat2..pagi2 lagi dah siap mandi,kemas beg sendiri dan duduk diam2 dalam kereta saya, suruh keluar xnak..jadi nak tak nak..kena la bawak dia juga…yelah, dah seronok bersama-sama dgn sepupu-sepupu dia kan…
jadi kami pun bertolak lah ke Kuala Lumpur..mula-mula singgah di rumah saya dahulu untuk segarkan badan dgn mandi dan tukar pakaian…
seterusnya kami ke KLCC dengan niat nak masuk ke Petrosains, tetapi malagnya, tiket dah habis untuk hari tersebut, kami dinasihatkan untuk datang awal pada esok hari..jadi alang-alang dah datang, saya pun bawak mereka berjalan-jalan di taman KLCC..kat sini, mmg terkejut habis la budak-budak tu, yelah..playground sikit punya besar..20x ganda playground kat tempat lain(agak jer)..sampai konpius diaorang..nak main yg mana…huhuhu…
"eh! jangan dekat sangat, nanti jatuh dalam kolam” padahal cetek jer air tu..kakak saya, biasa la..risau sangat..huhuhu..
bergambar bersama santa clause, lepas tu, masing-masing dapat gula-gula sorang satu..
ok, pada malamnya, abg saya pun sampai..plan nak ke PD, dah tukar sikit, petang esoknya baru diaorang akan bertolak ke sana..
keesoknya, kami beramai-ramai pergi ke KLCC semula untuk masuk ke Petrosains,alhamdulilah…tiket ada, cuma kena beratur panjang sikit la nak masuk dlam tu…lebih dari setengah jam! nasib baik budak2 tu tak mengamuk..maklum la, excited punya pasal…huhu..
Perjalanan merentas masa!
adam nak cuba tangkap tongkat sakti yg dipancarkan secara hologram, tapi tak berjaya..
excited nak jawab soalan yg diaju oleh demonstrator kat petrosains..
adam dengan afiqah yg sibuk melombong..
aman pun nak join..
daniel pula sibuk nak bina mesin “waking up the bear” tapi mama dia jugak kena tolong pegang..huhu..
laa..tak habis melombong lagi afiqah? nampaknya sehari suntuk kat game melombong nie saja pun xpe…huhuhu..
masing-masing sibuk cuba alat-alat interaktif kat petronsains..
afiqah nak jadi pemandu F1 wanita ke?
“kalau nak lawan, pakai la otak!” itu secara literal dalam game nie, guna alat yg disediakan..boleh lawan bola guna gelombang otak (brain wave) sebenarnya game nie ukur siapa yg generate alpha wave paling kuat (dkt pusat sains negara pun ada alat ni tapi guna beta wave), dia yg akan dapat tolak bola tu, nasib baik saya tahu sikit-sikit pasal jenis2 brain wave nie, so sentiasa jadi juara la…hehehe..
ok habis sudah setelah separuh hari dalam petrosains,walaupun muka masing-masing macam tak puas dan nak main lagi, tapi nak buat mcm mana..masa pun dah suntuk, petrosains pun dah nak tutup kedai dah masa tu..huhuhu..
hari terakhir saya bawa anak-anak buah saya ke Pusat Sains Negara dekat Bukit Kiara…kali ini abg saya dan keluarganya tak ikut sebab dah bertolak ke Port Dickson..
kali ini, masa di Pusat Sains Negara lebih lama lagi disebabkan kami sampai dalam pukul 11..tetapi mcm di petrosains jugak, kami balik paling lambat..huhu..
adam dengan daniel jadik volunteer untuk demonstasi sains..
la..nenek pun join main jugak ?
kusyuk nampak?
dalam perjalanan pulang..semua dah terlantok dalam kereta…hehehe..
begitulah kisah cuti-cuti 1Malaysia anak-anak buah saya..esoknya mereka semua pulang ke Alor Star disebabkan kakak saya akan mula bekerja semula pada hari isnin..
semoga mereka semua enjoy dan harap cuti sekolah tahun depan datang lagi rumah pak su!

